Saturday, May 15, 2010

Ayat 15, Surah Al-ahqaf - doa utk anak

Tips dari ibu mertuaku - caranya baca dan hembus pada anak2 atau dlm makanan, air.

46-15: Kami (Allah) mewasiatkan kepada manusia supaya dengan kedua-dua ibu bapanya, hendaklah berbuat baik. Ibunya mengandungkannya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah. Dan mengandungkannya dan memisahkan (susuan) adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia mencapai dewasa dan mencapai empat puluh tahun dia berkata: "Rabbi (wahai Tuhanku)! Tunjukilah daku untuk mensyukuri nikmat Engkau (Allah) yang telah Engkau (Allah) berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku berbuat amal yang salih yang Engkau (Allah) redai, dan perbaikilah bagiku pada keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau (Allah), dan sesungguhnya aku daripada golongan Muslimin (orang yang berserah diri).”

Syafaat - kenapa Nabi Muhammad?

Melalui pembacaan:

Dikatakan di mahsyar nanti umat2 masing2 cari NAbi2 utk mintak syafaat. Nabi2 ni bertolak2, i.e. 1st Nabi kata "ko carilah nabi sekian". Alasan ialah Nabi2 tu ada buat salah, ada yg mendoakan kebinasaan kaum sendiri yg ingkar etc.
Dah jumpa Nabi yg disuruh, nabi tu pulak suruh cari nabi yg seterusnya...dan begitulah seterusnya hingga disuruh cari NAbi Muhammad.

Nabi Muhammad aje sanggup bagi syafaat.

Dikatakan sbb Nabi Muhammad takde salah besar dan tak pernah doakan kebinasaan kepada kaumnya yg ingkar. BAhkan apabila disuruh oleh sahabat utk berdoa binasakan kaum suatu tempat (tak silap Taif) baginda enggan dan sebaliknya berdoa supaya keturunan mereka tu ada yg masuk Islam kemudian.

Friday, May 14, 2010

Syurga & Tips Masuk

Tadi kat Radio IKIM pasal syurga.

Antara nya status parent Nabi saw yg tak Islam.
Byk ulama' taknak bincang isu sensitif ni, tpai melalu pembacaan ada yg kata masuk syurga sbb mereka keturunan suci dari Nabi Ibrahim, takde terlibat sembah berhala.
TAdi ustaz ni kata nabi kata kat sorang sahabat yg bertanya "ayahmu dan ayahku dlm neraka" - tapi mungkin sebagai tanda marah2, bukan kata hal sebenar.

Juga dikatakan Ustaz ni, kisah nabi Adam mkn buah khuldi dan nk berak lalu kena turun ke bimu sbb syurga tpt bersih. JAdi nak buang kotoran kena ke bumi. Kata ustaz itu kisah utk jadi sbb sbb sebelum diciptakan NAbi Adam lagi Allah dh kata kat malaikat yg Dia nk jadikan manusia di muka bumi sebagai khalifah.

"Tips" utk masuk syurga, kata Ustaz (tak sure sumber hadis ke / quran ke apa):

1. Jauhi maksiat
2. Redha dgn ujian dunia
3. Taat
4. Berkawan dgn org soleh kerana ustaz kata org2 soleh dan kawan2 baik dpt beri syafaat di akhirat
5. Doa masuk syurga i.e minta redha Allah dan masukkan ke syurga - ni doa yg ada baca time doa lepas solat terawih ni.

Selain tu:
Orang di syurga umur sekitar 33 tahun
Tinggi mcm nabi Adam. 60 hasta. Mak ai..tinggi tu
Tak berpeluh dan kotoran buang melalui peluh yg harum mcm kasturi
Takde iri hati antara bini2

Saturday, May 1, 2010

Kelalaian Mendidik Anak

Kelalaian Mendidik Anak

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." (QS. At-Taghabun, 64 : 15)

Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?

Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."

Lalu Rasulullah SAW berkata "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."

Maksud Al-Hadits, ini mungkin disebabkan beberapa kelalaian dalam mendidik anak-anak.

Kelalaian pertama : Kurang berdoa
A. Kurang berdoa semasa mengandung.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah :
- Saidul (penghulu) Istighfar
- Doa memohon rahmat (QS. Ali Imran, 3 : 8-9)
- Doa memohon zuriat yang baik (QS. Ali Imran, 3 : 38)
- Doa agar anak mengerjakan solat (QS. Ibrahim, 14 : 40-41)

B. Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah :
- Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (QS. Al-Baqarah, 2 : 128)
- Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (QS. Al-Furqan, 25 : 74)
- Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

Kelalaian kedua : Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib (dorongan atau motivasi)
Ajaran tarhib antara lain seperti :
- menakutkan anak-anak dengan sekolah.
- menakutkan dengan tempat gelap.
- menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau.
- menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.

Kelalaian ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak.
- tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak
- terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa mengerti perasaan mereka.

Kelalaian keempat : Menegur anak secara negatif.
- mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak (terutama sewaktu marah).
- membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain.

Kelalaian kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani, rohani dan intelektual. Pendidikan intelektual lebih dipentingkan daripada pendidikan rohani. Apabila diberikan pendidikan rohani, pendidikan intelektual biasanya diberikan porsi yang lebih besar. Sehingga tidak terjadi keseimbangan.

Kelalaian keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 'Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.

Berkata Aqra : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."

Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."' (Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Kelalaian ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang baik.
Orang tua tidak menunjukkan cara berpakaian yang baik dan sesuai syara bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara seenaknya atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.

Kelalaian kelapan : Susunan rumah tangga yang tidak baik.
Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapaknya.

Kelalaian kesembilan : Membolehkan orang yang tidak baik perilaku, kesopanan, dan ahlaknya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak.
Apabila kelalaian ini terjadi, maka akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang dalam pertumbuhan.

Kelalaian kesepuluh : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton di TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syara' dan perbualan yang dapat merosak aqidah dan pemikiran anak-anak.

Kelalaian kesebelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibu bapa kitalah yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.

Sumber: light of islam
Org yg b'fikiran besar byk m'perkatakan ilmu,Org yg b'fikiran sederhana byk m'perkatakan peristiwa,Org yg b'fikiran rendah byk m'perkatakan diri sdri.

http://masjidannursaujanautama.webs.com/komunitimasjidannur.htm

Suran Ibrahin 14:18 - Perumpamaan org yg kufur/ ingkar

Firman Allah bermaksud:

Bandingkan (segala kebaikan amal dan usaha) orang yang kufur ingkar terhadap Tuhannya adalah seperti abu yang diterbangkan oleh angin pada hari ribut kencang. Mereka tidak memperoleh suatu faedah pun daripada apa yang telah mereka usahakan itu. Sia-sianya amalan itu ialah kesan kesesatan yang jauh daripada dasar kebenaran"