NabiRindu nak dengar kisah ini. Kecintaan pada Nabi SAW
Hadrat Sa'di Rah seorang alim yang terkenal.
Beliau sangat mencintai Nabi SAW. Satu malam beliau terlalu rindukan Nabi SAW.
Beliau menyiapkan satu selawat dan doa untuk dibacakan depan maqam Nabi SAW.
Sepanjang malam dia menyiapkan selawat dan doa itu. Dia tertidur sebelum menyudahkan syair itu.
Dalam mimpinya beliau mimpi jumpa Nabi SAW dan Nabi SAW menyudahkan doa itu.
Maka beliau sangat gembira dan awal pagi bertolak untuk menziarah maqam Nabi SAW. Sepanjang perjalanan beliau menangis dan mengulang2 selawat dan doa itu.
Ditakdirkan bila sampai di Madinah beliau telah dihalang untuk ziarah Maqam Nabi SAW dan telah ditangkap oleh pengawal raja. Ini kerana raja bermimpi Nabi SAW dan menghalang Sa'di Rah dari menziarahinya.
Pengawal memukulnya. Maka raja mimpi jumpa Nabi lagi dan menegur perbuatan raja memukul Sa'di. Sepatutnya raja cuma menghalang sa'di bukan tangkap dan pukul.
Sa'di Rah balik dalam keadaan menangis dan terlalu sedih. Seorang yang datang dengan harapan dan kecintaan yang membuak-buak terhadap Nabi SAW.
Sepanjang perjalanan beliau menangis dan menangis sambil membaca selawat itu. (Saya teringat lagi syair itu dibaca oleh syeikh Umar palangpuri ketika membaca syair itu. Sangat merdu).
Sehingga beliau tertidur di satu pokok. Dalam tidurnya beliau mimpi jumpa Nabi SAW yang bertanya wahai Sa'di kamu mencintai aku ke? Sa'di jawab, ya aku sangat mencintaimu.
Janganlah sedih,aku halang kamu dari meziarahiku kerana jika kamu memberi salam, aku akan menjawab salam mu. Jika kamu peluk aku, aku akan memelukmu. (Ini akan menimbulkan fitnah.)
Aku juga cintakanmu.
Wahai Sa'di jika kamu benar-benar mencintaiku buatlah kerja aku yakni mengajak manusia kepada ALLAH.
Ya ALLAH jauhnyalah diri ini dari cintakan Nabi SAW dan berdosanya kami kerana meninggalkan kerja Nabi SAW.-
Seorang rakan saya yang sangat kuat buat dakwah, bila berjumpa dengan seorang alim ditanya apa kamu dapat dari kerja dakwah dalam tempoh beberapa bulan ini.
Maka dijawabnya, setiap malam saya mimpi jumpa Nabi SAW. Tanya orang alim tadi macam mana Nabi SAW berjalan. Dia pun menunjukkan cara Nabi SAW berjalan..
Bukanlah mimpi itu satu perkara ajaib. Tapi soalnya apa keinginan dalan hati kita. Seorang yang bercinta, selalu membayangkan wajah kekasihnya setiap hari dan ingin berjumpa suatu hari nanti. Bagaimana seorang yang kata cinta. tapi tidak pernah ingat walaupun sesaat. Lalu di hati juga tidak.
Seorang yang bila kekasihnya marah atau sedih,dia tidak tenang dan dapat merasainya. Sehingga waktu malam pun termimpi-mimpi. Bagaimana perasaan Nabi SAW ketika ini. Adakah kita merasainya?
Setiap kali kawan-kawan bercerita mimpi jumpa Nabi SAW dan sahabah atau mimpi yang indah demi Islam. Saya menangis kerana saya tidak mimpi seperti itu. Masa sedar pun tidak dapat berbuat demikian.
Bagaimana mungkin LIDAH mengatakan mencintai Nabi SAW, ketika Islam keluar dari diri orang ISLAM, kehidupan Sunnah keluar dari diri dan anak-anak, agama dihancurkan. Sikit pun tidak menangis dan berdoa. Ampunlah dosa-dosaku Ya ALLAH - EBIT LEW — at Lagend Cherating Resort..
Lagend Cherating Resort..
Local Business
1 comment:
Terima kasih atas perkongsian. Disini saya kongsikan ceramah ustaz ebit lew yang terbaik. Semoga semua dapat manfaat dari ceramahnya. Jom share ramai-ramai:
https://www.youtube.com/watch?v=kh8BKO1dl7U
Post a Comment