Saturday, May 5, 2012

Saiyida Ali dam Fatimah yg bersedekah walaupun sedang kesempitan

Suatu hari Saidiana Ali bin Abi Thalib r.a mendapati kedua-dua anaknya, Hassan dan Hussin sakit. Bahkan kedua-dua cucu kesayangan baginda Rasulallah saw itu mengalami sakit yang cukup lama sehingga Saidina Ali pun bernazar "Ya Allah, jika Hassan dan Hussin sembuh dari penyakit mereka, aku bernazar untuk berpuasa selama tiga hari". Maka Allah swt yang amat pengasih akan hambanya lagi Maha Penyembuh itupun mendengar doa hambanya itu seraya memperkenankan hajat Saidina Ali lalu sembuhlah keduanya dari sakit tersebut. Lalu Saidina Ali r.a bersama isterinya yg juga puteri kesayangan Rasulallah saw. Saidatina Fatimah Az-Zahra pun berpuasa bersama. Menjelang hampir tibanya saat berbuka di hari pertama berpuasa nazar itu Saidatina Fatimah telah menyediakan dua potong roti untuk mereka. Sampainya waktu berbuka ketika mereka belum sempat lagi menjamah roti tersebut untuk mengisi perut yang kosong, datanglah seorang fakir miskin yang mengetuk pintu mereka seraya meminta makanan lantaran perut sifakir belum dapat terisi dgn apa2 makanan semenjak beberapa hari. Lantas Saidina Ali dan Saidatina Fatimah r.a tanpa menghiraukan perut yang kosong menghulurkan roti yang ada untuk santapan si fakir tadi. Lantas mereka meneruskan berpuasa sehingga keesokan harinya. Di hari kedua berpuasa, mereka hanya memiliki sepotong roti untuk dimakan berdua pada waktu berbukanya nanti. Namun seperti hari sebelumnya sewaktu hampir tibanya saat berbuka, pintu rumah mereka berbunyi lagi menandakan adanya tetamu yang dtg. Apabila dijengah ternyata berdiri dihadapan rumah mereka seorang anak yatim yang terlalu lapar dan meminta diberikan sedikit makanan. Maka dengan hati yang hiba melihat keadaan anak yatim itu maka Saidina Ali memberikan sepotong roti yang mereka ada untuk berbuka kepada anak yatim tersebut. Maka tidak jugalah dapat suami isteri itu berbuka untuk kedua harinya. Lantas mereka meneruskan puasa nazar untuk hari ketiganya. Ujian memanglah selalu diberikan kepada insan terpuji seperti para Khalifah Ar-Rashidin seperti Saidina Ali dan saidatina Fatimah. Bahkan pada hari ketiga berpuasa sepotong roti untuk dimakan berdua  itu pun dengan ikhlas telah diberikan kepada seorang tawanan perang yang baru sahaja bebas namun tak mempunyai makanan. Namun Saidina Ali, Saidatina Fatimah serta Hassan dan Hussin mengerti bahawa semua itu hanyalah sekadar ujian kesabaran dari Allah keatas mereka. Lihat saja peribadi Saidina Ali dan Saidatina Fatimah yang sanggup memberikan makanan mereka kepada tawanan perang yang mana satu ketika dulu pernah menjadi musuh Islam dan mungkin dengan rakusnya pernah menjadi pembunuh kepada saudara seislam atau ahli keluarga mereka. Namun atas kuatnya iman dan keyakinan terhadap Allah swt mereka dengan ikhlas tetap membantu dengan tiada sekelumit dendam pun terbit dari hati mereka. Sumber:http://honeysha-arisha.blogspot.com/2012/03/memberi-kepada-yg-memerlukan-walau.html

2 comments:

Khairuizat abu bakar said...

salam,

adalah lebih indah sekiranya suruh al ihsan ayat ke 2 dimasukkan utk penerangan. spt yg disampaikan oleh ustaz ebit dlm radio ikim

Good Wife said...

Salam, khairuzat. Kalau tak silap diturunkan ayat 8 surah al-insan disebabkan peristiwa ni.

"Mereka juga memberi makan benda-benda makanan yang dihajati dan disukainya, kepada orang miskin dan anak yatim serta orang tawanan,".