Thursday, May 31, 2012

Iri hati tanda tidak bersyukur

Sungguh kita ketahui bahawa manusia hidup bermacam-macam karenah dan ragam. Kesemuanya tidak sempurna untuk melengkapi keperluan hidup masing-masing. Ada yang tidak berpuas hati terhadap kejayaan orang lain, dan ada pula yang cemburu buta terhadap kesenangan yang dilalui individu lain. Maka, wujudlah perasaan dengki dan iri hati dalam setiap diri manusia itu. Iri hati bermaksud perasaan tidak puas hati terhadap diri sendiri kerana melihat kesenangan orang lain. Hasad dengki pula diertikan sebagai suatu sikap tidak senang diatas kesenangan, kenikmatan atau kelebihan yang terdapat dalam diri orang lain. Firman Allah s.w.t dalam surah An-Nisa’ ayat 54 bermaksud, “Adakah patut mereka dengki kepada manusia atas nikmat yang Allah s.w.t berikan kepada mereka daripada kurnia-Nya?” Orang yang bersifat hasad dengki jiwanya sentiasa merasa serba kekurangan dengan apa yang dimilikinya. Ini kerana dia tidak pernah merasa bersyukur di atas apa yang dimilikinya, sebaliknya dia mewujudkan perasaan dengki dan iri hati terhadap apa yang dimiliki oleh orang lain. Baca lagi -> http://www.islamituindah.my/sabar-dan-taqwa-kunci-hadapi-dengki-dan-iri-hati

No comments: