Friday, May 25, 2012

Definisi Hukum Syarak

Wall Photos Definisi Hukum Syarak Pengertian Hukum dari Sudut Bahasa Arab ialah: "Perlaksanaan" Pengertian Hukum dari Sudut istilah ialah: "Perkara yang dituntut oleh kata-kata Syarak yang bersangkutan dengan perbuatan orang yang bertanggungjawab, samada permintaan, memberi pilihan mahupun penetapan" Penjelasan lanjut tentang definisi di atas adalah seperti berikut: ~ Maksud kata-kata Syarak ialah Al-Quran dan Al-Sunnah. ~ Maksud yang bersangkutan dengan perbuatan ialah perkara yang bersangkutan dengan perbuatan mereka samada percakapan mahupun perbuatan, dari sudut mewujudkan mahupun meninggalkan. Oleh itu apa yang bersangkutan dengan iktiqad tidak termasuk sama kerana ia tidak dinamakan hukum dalam istilah ini. ~ Maksud orang yang bertanggungjawab ialah orang yang memikul tanggungjawab. Ini merangkumi budak kecil dan juga orang kurang siuman. ~ Maksud permintaan ialah perintah dan larangan baik dari sudut kemestian mahupun keutamaan. ~ Maksud memberi pilihan ialah perkara mubah (yang dibenarkan). ~ Maksud penetapan ialah sah, fasad dan seumpamanya yang terdiri daripada tanda-tanda dan sifat-sifat bagi perlaksanaan ataupun pembatalan yang telah ditetapkan oleh Syarak . SEMUA INI MEMBERI MAKSUD PEGAJARAN DAN PENGALAMAN DrSoul's Quotes & Sayings CollectionsSesiapa juga dibenarkan untuk Share apa juga Quote Bergambar - DrSoul by: DrSoul's Quotes Collection

No comments: