Sunday, December 25, 2011

Missionary kristian jahat?

Banyak2 kali aku dapat email/ baca kisah2 missionary kristian dakwah kat orang Islam.
Tang guna holy water tu aku taktau lah sejauh mana kebenaran seolah2 air tu merupakan sihir.
Mari kita selidiki niat mereka ini.
Aku pun berubah pendapat bila seorang ustaz ada cakap "mereka pun berniat baik untuk dakwah orang kepada agama mereka kerana mereka sangka agama mereka agama yang benar".
See? Asalnya tujuan mereka murni kerana menurut agama mereka, sama macam orang Islam, kalau mati tak dalam agama mereka akan masuk neraka.
Jadi niat mereka berdakwah sama je macam niat orang Islam berdakwah.

Aku harap gerakan dakwah Islam akan lebih agresif macam missionary kristian ni.
Aku pernah dapat flyers yg diselit kat wiper kereta yg mengajak kepada agama kristian - bayangkan mereka "jual agama" mcm orang2 kita jual barang2, main selit2 kat wiper jugak.
Ingin aku dapat flyers macam tu, yg mengajak kepada Islam.

Dakwah tu wajib. Buat dapat pahala, tak buat berdosa...berat ni...