Pada aku ulangtahun kelahiran takde makna apa2 dan tidak patut diraikan secara terlalu beriya2 dan membazir masa, tenaga dan wang ringgit. Cukup lah celebrate sekadarnya.
Tiap kali tiba birthday, aku akan teringat umur aku dah kurang setahun kalau dikira dari tarih ketetapan kematian aku. Makin lama makin tua, jadi umur makin pendek. Lagi sesuai kalau cakap "happy birthday, selamat pendek umur". Lagipun, apa sangatlah birthday tu, bukan pencapaian besar pun yg nak disambut bagai nak rak.
Kalau lah orang nak ucap birthday sangat kat aku pun, yang paling utama doakan lah aku (cuma setahun sekali je orang biasanya bagi doa khusus) contohnya "Selamat Hari Jadi, Moga panjang umur, murah rezeki, jadi jutawan tahun depan". Bukan hari2 orang teringat nak doakan kita.
Oleh kerana dah menjadi adat orang ucap birthday, aku pun join sama, dan yg penting tak lupa doa khusus setahun sekali tu untuk mereka.
Jgn kedekut utk doakan org, sbb apa yg kita doakan, malaikat akan doakan benda yg sama utk kita. Sapa yg taknak didoakan oleh malaikat, beb? Rugi tu!
Aku tak tayang birth date aku kat facebook because, I dont really like birthdays - mengingatkan aku kepada umur yg semakin pendek.
Sunday, December 25, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment