Sunday, December 25, 2011

Missionary kristian jahat?

Banyak2 kali aku dapat email/ baca kisah2 missionary kristian dakwah kat orang Islam.
Tang guna holy water tu aku taktau lah sejauh mana kebenaran seolah2 air tu merupakan sihir.
Mari kita selidiki niat mereka ini.
Aku pun berubah pendapat bila seorang ustaz ada cakap "mereka pun berniat baik untuk dakwah orang kepada agama mereka kerana mereka sangka agama mereka agama yang benar".
See? Asalnya tujuan mereka murni kerana menurut agama mereka, sama macam orang Islam, kalau mati tak dalam agama mereka akan masuk neraka.
Jadi niat mereka berdakwah sama je macam niat orang Islam berdakwah.

Aku harap gerakan dakwah Islam akan lebih agresif macam missionary kristian ni.
Aku pernah dapat flyers yg diselit kat wiper kereta yg mengajak kepada agama kristian - bayangkan mereka "jual agama" mcm orang2 kita jual barang2, main selit2 kat wiper jugak.
Ingin aku dapat flyers macam tu, yg mengajak kepada Islam.

Dakwah tu wajib. Buat dapat pahala, tak buat berdosa...berat ni...

Kasih berbeza

Ada lah sorang kawan aku ni tak puas hati sebab katanya "mak aku lebih sayang anak yang lain daripada aku".
Hmmmm...aku pun tak reti nak komen.... tapi ikut pengamatan aku memang mungkin dan memang patut.

Logiknya macam ni lah. Kita toksah ambik contoh mak dan anak. Ambik je contoh adik beradik atau kawan2.
Kalau sorang adik kita baik dan hormat kat kita, dan yg sorang lagi suka cakap kasar dan tak reti respek dan selalu cakap benda2 yg saja2 sakitkan hati kita, agak2 yg mana satu kita lebih suka atau sayang?

Kalau kawan si A yg ramah dgn kita, suka ambik berat, berbanding yg sorang lagi bersikap acuh tak acuh dgn kita, yg mana satu kita lebih suka berkawan?

Jadi, kesimpulannya, kalau lah kita ada 2 anak, yg sorang baik hati dgn kita dan yg sorang lagi perangai macam hantu, agak2 yg mana satu kita lebih sayang? Soal perasaan ni, baik tolak tepi, perasaan kita simpan diam2. Yang utama, kita layan semua anak sama rata, sedaya upaya kita. Kalau anak yg baik dapat duit raya RM100, anak yg kurang baik pun patut diberi RM100 supaya kita tak dituduh tak adil, berat sebelah, pilih kasih dan lain2.

So pandai2 lah ambik hati ye

Cool parent or derhaka parent????

Soalan oleh seorang Cool Parent : bagaimana kita nak pantau aktiviti anak kita kat internet. Kita bagi kebebasan, kita nak kawal tpi taknak menceroboh privacy.

So being the technical person, orang yg menjawab soalan kerusi panas (Bernama Radio 24) pun kata lah ada software utk monitor bla..blaa..

Hmmmm...pelik pulak si ibu ni.
You wanna be such a cool mother...beri kebebasan, then risau2 pulak.

The guest tadi ckp, where we go on the net will leave a trail. And orang can track and can put us in danger.

Kalau aku lah, aku akan cakap to my children "you can do this, cant do that, and i will monitor your net activities"... apa risau kalau kita jadi tak cool on certain thing but utk kebaikan?

Tak kira la kita cool parents or not. Jgn nanti kat akhirat anak2 claim kita ibu bapa yg DERHAKA sbb tak ajar dan kawal diorang buat benda yg betul atau salah.

One day our kids will understand and thank us for doing what we did.

Sunday, December 11, 2011

Isteri v/s maid yg memasak

Rahsia Perkahwinan
Isteri yg memasak utk suaminya, bukannya perbuatannya itu dikira satu pahala, tetapi sebutir beras itu satu pahala, maka rugi sgtlah klu org gaji (maid) yg memasakkan utk seisi keluarga. -Lebai Kg
Like · · Share · 5602896 · 12 hours ago via Mobile ·

Tiga perkara ttg manis iman

“Tiga perkara yang seseorang akan merasakan manisnya iman : [1] ia lebih mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada yang lainnya, [2] ia mencintai seseorang hanya kerana Allah, [3] ia benci untuk kembali pada kekufuran sebagaimana ia benci bila dilemparkan dalam neraka.” (HR. Bukhari no. 6941 dan Muslim no. 43)

Menutup aurat is civilised, naked/ almost naked is not

“Man in the early times was almost naked, and as his intellect evolved he started wearing clothes. What I am today and what I’m wearing represents the highest level of thought and civilization that man has achieved, and is not regressive. It’s the removal of clothes again that is regressive back to ancient TIMES"

Noble Laureate from Yemen, Tawakul Karman

Sunday, December 4, 2011

Mana lebih susah - memaafkan atau mintak maaf?

Ada dgr pepatah "tak ampun dunia akhirat, " mati hidup semula pun aku tak ampun"
Kdg2 terpikir susah sgt ke nak maafkan org?
Takat silap kecik, berpunca dari salah sangka, kita ampunkan aje la, sbb mungkin kita pun silap
Setakat ni, aku rasa masih bolrh maafkan semua org yg bersalah pada aku.
Tapi yg susah nk buat adalah mintak maaf dgn sebut satu2 kesalahan yg kita buat.
Egokah aku?
Rasanya takut persahabatan jadi permusuhan sbb mmg tak ramai org boleh terima kita buat salah kat dia, terutamanya dosa kata mengata.
Hmmm...
Sbb tu la tiba musim raya org akan ckp "mintak maaf ye, kosong- kosong ye".
Aci ke mcm tu? Entah la labu
Maafkan saja la semua org.
Byk pahala tu - pesan kepada diri aku sendiri.
Dsn jgn tambah2 dosa lg dah sbb dh tau berat nak mintak maaf