Friday, November 25, 2011

Ke mana dibelanjakan

Ada sedara aku ckp pasal duit dan brg2 yg dibeli, nanti kat akhirat kena soal duit yg Allah rezekikan pada kita, apa yg dibuat.
Terbayang2 soalan malaikat dan jawapan aku.

Q: duit gaji tiap2 bulan buat apa?
A: bayar hutang umah, hutang kete sekian ratus sekian ribu
Q: kenapa nk kena beli yg harga sekian2. Napa tak beli yg lagi murah. Duit yg lebih tu boleh sedekah.
Duit bonus buat apa?
A: beli baju, handbag, kasut, pegi menlancong
Q: napa tak utamakan pegi haji dari melancong? Napa tak pakai je beg, baju kasut sampai buruk, baru beli yg lain. Duit lebih tu sedekah lah

Teringat Nabi yg miskin harta sbb terlalu byk bersedekah.
Kita pulak terlalu byk simpan beli dan simpan harta, fikir utk sendiri sendiri je.
Agaknya harta aku (bkn la byk sgt pun) akan tolong aku tak kat akhirat nanti?
Belanja kawan dan sedara pun lagi byk dari sedekah kepada org miskin dan anak yatim yg lebih memerlukan. Sebab taknak dikatakan kedekut? Ish... ish..payahnye nak ikhlas.

Sbb tu jgn lah mengata org sbb kita taktau amalan dia yg lebih baik dari kita contohnya org duk kata Siti Nurhaliza pakai tudung tak betul, tapi dia byk bersedekah dgn yayasan nurjiwa dia tu. Kita? Dh la sedekah sikit, dosa mengata pulak yg byk.

No comments: