Tuesday, July 27, 2010

Kamu dan hartamu adalah milik ayahmu

Oleh kerana hadis ini sudah beberapa kali diwar-warkan oleh Ust. Zahazan di kaca TV akhir2 ini, maka eloklah poknik paparkan di sini buat peringatan kita yg masih punyai orangtua.. semoga Allah sentiasa merahmati dan memimpin kita ke jalan yg Dia redai.

Kamu dan hartamu adalah milik ayahmu

Terdapat satu riwayat yang cukup panjang berkaitan dengan hal ini. Dari Jabir Ra meriwayatkan, ada laki-laki yang datang menemui Nabi Saw dan melapor, dia berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya ayahku ingin mengambil hartaku ...." "Pergilah Kau membawa ayahmu kesini", perintah beliau.

Bersamaan dengan itu Malaikat Jibril turun menyampaikan salam dan pesan Allah kepada beliau. Jibril berkata: "Ya, Muhammad, Allah 'Azza wa Jalla mengucapkan salam kepadamu, dan berpesan kepadamu, kalau orangtua itu datang, engkau harus menanyakan apa-apa yang dikatakan dalam hatinya dan tidak didengarkan oleh teliganya.

Ketika orang tua itu tiba, maka nabi pun bertanya kepadanya: "Mengapa anakmu mengadukanmu? Apakah benar engkau ingin mengambil uangnya?" Lelaki tua itu menjawab: "Tanyakan saja kepadanya, ya Rasulullah, bukankah saya menafkahkan uang itu untuk beberapa orang ammati (saudara ayahnya) atau khalati (saudara ibu) nya, atau untuk keperluan saya sendiri?" Rasulullah bersabda lagi: Lupakanlah hal itu.

Sekarang ceritakanlah kepadaku apa yang engkau katakan di dalam hatimu dan tak pernah didengar oleh telingamu!" Maka wajah keriput lelaki itu tiba-tiba menjadi cerah dan tampak bahagia, dia berkata: "Demi Allah, ya Rasulullah, dengan ini Allah Swt berkenan menambah kuat keimananku dengan ke-Rasul-anmu. Memang saya pernah menangisi nasib malangku dan kedua telingaku tak pernah mendengarnya ..."

Nabi mendesak: "Katakanlah, aku ingin mendengarnya." Orang tua itu berkata dengan sedih dan airmata yang berlinang: "Saya mengatakan kepadanya kata-kata ini:

'Aku mengasuhmu sejak bayi dan memeliharamu waktu muda.
Semua hasil jerih-payahku kau minum dan kau reguk puas.
Bila kau sakit di malam hari, hatiku gundah dan gelisah, lantaran sakit dan deritamu, aku tak bisa tidur dan resah, bagai akulah yang sakit, bukan kau yang menderita.
Lalu airmataku berlinang-linang dan meluncur deras.
Hatiku takut engkau disambar maut, padahal aku tahu ajal pasti akan datang.
Setelah engkau dewasa, dan mencapai apa yang kau cita-citakan, kau balas aku dengan kekerasan, kekasaran dan kekejaman, seolah kaulah pemberi kenikmatan dan keutamaan.
Sayang..., kau tak mampu penuhi hak ayahmu, kau perlakukan daku seperti tetangga jauhmu.
Engkau selalu menyalahkan dan membentakku, seolah-olah kebenaran selalu menempel di dirimu ..., seakanakan kesejukann bagi orang-orang yang benar sudah dipasrahkan.'

Selanjutnya Jabir berkata: "Pada saat itu Nabi langsung memegangi ujung baju pada leher anak itu seraya berkata: "Engkau dan hartamu milik ayahmu!" (HR. At-Thabarani dalam "As-Saghir" dan Al-Ausath).

Rasulullah Saw pernah berkata kepada seseorang, "Kamu dan hartamu adalah milik ayahmu." (Asy-Syafi'i dan Abu Dawud)

Monday, July 26, 2010

Jangan terlalu taksub dengan malam Nisfu Syaaban

Jangan terlalu taksub dengan malam Nisfu Syaaban

http://www.izoblog.com/artikel/jangan-terlalu-taksub-dengan-malam-nisfu-syaaban


Saya tertarik dengan topik yang cuba disampaikan oleh khatib khutbah semasa solat jumaat siang tadi. Di dalam khutbah itu dia ada menyebut “Jangan terlalu taksub dengan malam Nisfu Syaaban“!. Begitu keras bunyinya…terkejut juga saya. :)
Kali ini saya ingin berkongsi kesilapan-kesilapan yang orang kita sering lakukan ketika tibanya Nisfu Syaaban.

Berkenaan bulan Syaaban

SYAABAN adalah salah satu bulan Hijrah yang mempunyai keistimewaan tersendiri. Syaaban dianggap pintu gerbang Ramadan kerana pada bulan itu umat Islam masih boleh makan dan minum pada siang hari sebelum mereka menyambut kedatangan bulan puasa yang penuh berkat.

Kelebihan Syaaban dapat dilihat apabila Rasulullah SAW pernah memberitahu sahabat mengenai Syaaban. Bulan itu dinamakan demikian kerana pada bulan itu Allah banyak memberi rahmat kepada hamba-Nya.

Pada bulan Syaaban, ada satu malam sangat dinantikan umat Islam iaitu malam Nisfu Syaaban. Pada malam itu, umat Islam akan membanjiri masjid dan surau untuk menghidupkan malam itu dengan bacaan surah Yasin secara beramai-ramai.

Malangnya, timbul persoalan mengapa umat Islam hanya melangkah kaki ke masjid dan surau pada malam Nisfu Syaaban saja, tidak pada hari lain dalam bulan lain. Perlu ditegaskan, setiap bulan Hijrah memiliki keistimewaan dan kelebihan masing-masing dan bagi Muslim bertaqwa akan sentiasa berusaha merebut dan meraih keistimewaan yang Allah sediakan pada bulan itu.

Muslim sejati tidak akan memilih bulan tertentu untuk beribadat kepada Allah. Dia akan sentiasa beristiqamah dan beriltizam menjunjung segala titah dan perintah Allah pada setiap masa dan keadaan sehinggalah dia menghadap Allah nanti.



Antara Nisfu Syaaban dan Lailatul Qadr

Jika kita lihat di Malaysia ramai orang-orang Melayu kita berebut-rebut memenuhi masjid dan surau semata-mata untuk merebut fadhilat malam Nisfu Syaaban. Sememangnya terdapat juga himpunan hadis menerangkan keistimewaan Syaaban, kelebihan malam Nisfu Syaaban dan keutamaan amalan tertentu pada bulan itu. Tetapi kebanyakan daripada hadis itu adalah hadis daif menurut pandangan ulama. Walau bagaimanapun ada sebahagian ulama berpendapat hadis daif boleh dipegang dalam amalan sunat secara perseorangan.

Hadis yang boleh dipegang dalam masalah Nisfu Syaaban ialah:

“Allah melihat kepada hamba-hamba-Nya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia ampuni semua hamba-hamba-Nya kecuali musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” [Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain].

Hadis ini tidak mengajar kita apakah bentuk amalan malam berkenaan. Oleh itu, amalan-amalan khas tertentu pada malam tersebut bukan dari ajaran Nabi S.A.W.

Dalam masa yang sama berapa kerat sangatkah daripada kita yang berebut-rebut untuk mencari malam Lailatul Qadr. Sedangkan dalil berkenaan kelebihan malam Lailatul Qadr sudah jelas termaktub di dalam al-Quran dan juga disebut di dalam hadis-hadis yang soheh.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) itu pada malam al-Qadar. Apakah cara yang membolehkan engkau mengetahui kebesaran lailatulqadar itu? Lailatul qadar ialah malam yang lebih baik berbanding 1,000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan izin Tuhan mereka membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun berikutnya). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (al-Qadr: 1-5).


Bacaan Yasin sebanyak 3 kali pada malam Nisfu Syaaban
Biasanya diadakan majlis bacaan surah Yasin sebanyak tiga kali selepas solat Maghrib. Di celah-celah bacaan Yasin ini diselitkan dengan bacaan doa seperti :
Pada bacaan Yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur.
Pada bacaan Yasin kedua, diniatkan memohon dijauhkan bala.
Pada bacaan Yasin ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.

Diperhatikan bahawa amalan sambutan Nisfu Syaaban yang kaifiatnya sebegini tidak diamalkan di tempat lain di seluruh dunia melainkan di Malaysia dan sekitar Nusantara.

Saya perhatikan ada disesetengah tempat pada malam Nisfu Syaaban, mereka membaca Surah Yasin dengan begitu pantas sehingga mengabaikan hukum-hukum tajwid. Ini berlaku semata-mata ingin mengejar bilangan 3 kali bacaan. Sebetulnya kita perlu membaca al-Quraan dengan cara yang betul dan bertepatan dengan bacaan sebagaimana ianya diturunkan oleh Allah Taala. Jadi manakah pilihan terbaik; membaca Yasin 1 kali dengan bertajwid, ataupun membaca surah Yasin sebanyak 3 kali dengan mengabaikan tajwid?

Allah Taala berfirman di dalam Al-Quraan :

“Dan bacalah Al-Quran dengan penuh tartil (bertajwid)”. (QS 73 : 4)

Manakala hukum mempelajari ilmu tajwid adalah Fardhu Kifayah dimana jika ianya dipelajari oleh seorang maka semua tidak berdosa. Hukum membaca al-Quraan dengan bertajwid pula adalah Fardhu ‘Ain ke atas semua orang islam.

Doa antara bacaan Yasin malam Nisfu Syaabaan
Sepertimana yang biasa diamalkan oleh penduduk tempatan:
Doa pada bacaan Yasin pertama, diniatkan memohon panjang umur.
Doa pada bacaan Yasin kedua, diniatkan memohon dijauhkan bala.
Doa pada bacaan Yasin ketiga, diniatkan memohon murah rezeki yang halal.

Sebenarnya kita digalakkan berdoa apa saja kepada Allah S.W.T pada malam Nisfu Syaaban untuk kebaikan kita di dunia dan di akhirat. Tidak hanya tertakluk pada tiga doa di atas sahaja. Apa-apa sahaja doa untuk kebaikan sepertimana firman Allah S.W.T di dalam al-Quran:

Firman Allah di dalam al-Quran:
“Berdoalah kepada-Ku, niscaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina dina.”
(Surah al-Mu’min, 40: 60)

“Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahawasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran.”
(Surah al-Baqarah, 2: 186)

Dan kita boleh membaca surah Yasin dan berdoa bersendirian, di mana-mana dan bila-bila masa sahaja.

P/S: Betulkan saya jika terdapat kekhilafan ;)

Tambahan untuk rujukan:
Berkenaan Nisfu Syaaban – Min Kalam al-Shaykh Atiyya Saqar

UPDATED! KESIMPULAN.
1- Fadilat Nisfu Sya’ban ada diriwayatkan dalam hadis yang hasan dan juga kebanyakannya daif tetapi berdasarkan kepada Mustolah Hadis, ia boleh dijadikan sandaran sebagai fadilat.

2- Dinaqalkan dari al-Qastalani rhm bahawa sebahagian besar fuqaha’ menyatakan sambutan nisfu sya’ban dengan berkumpul dan beribadah di masjid serta qiyam di malamnya bukan bid’ah.

3- Ada fuqaha’ yang menyatakan makruh berkumpul di masjid bagi menyambut nisfu sya’ban dengan bersolat, ceramah dan berdoa tetapi tidak makruh kalau buat secara persendirian di masjid, sebahagian lagi menyatakan mustahab.

Maka Syeikh ‘Atiyyah Saqar menyarankan agar jangan taksub kepada mana-mana pendapat kerana ia masalah khilafiah sahaja.

4- Saudara/i pembaca perlu faham betul-betul point apa yang saya hendak tekankan di sini:

i) Saya tidak kata perbuatan membaca Yasin pada malam Nisfu Syaaban itu sesuatu yang salah. Namun jika sebahagian masyarakat mengkhususkannya pada hari-hari tertentu dan masa-masa tertentu untuk membaca yasin atau memenuhkan surau/masjid; contohnya hanya pada malam Nisfu Syaaban SAHAJA itu yang dikategorikan sebagai bid’ah. Sedangkan pada malam-malam lain al-Quran tidak dibaca dan surau/masjid dibiarkan kosong.

ii) Hendak baca Yasin 1 kali atau 3 kali ataupun lebih, itu tidak menjadi masalah. Tetapi hendaklah dibaca dengan bertajwid.

Saturday, July 17, 2010

AMBILLAH IKTIBAR DUHAI SAUDARAKU ! Petikan Drp buku Bustanul Wa'izin oleh Ibnul Jawzi

AMBILLAH IKTIBAR DUHAI SAUDARAKU ! Petikan Drp buku Bustanul Wa'izin oleh Ibnul Jawzi

Dari FB Ust Zahazan

Diriwayatkan dari Bakr bin Hammad rahimahullah bahawa suatu ketika beliau keluar ke kubur dan memandang kubur yang terbentang serta memikirkan kekasih-kekasih dan saudara-saudara, sahabat-sahabat dan jiran-jiran. Kemudian beliau menangis sehingga berpanjangan tangisannya dan air matanya membasahi janggutnya, kemudian dia berkata:

Kami menziarahi rumah-rumah kaum yang tidak menziarahi kami, sesungguhnya kami dalam kelalaian dari apa yang kami hadapi.

Sekiranya mereka bercakap nescaya mereka mengatakan celaka kamu bersungguh-sungguhlah, bersungguh-sungguhlah untuk kepergian maka mereka telah menduduki tempat bermukim.

Maut meliputi dunia dan kemuliaannya, sedangkan perbuatan kami perbuatan kaum yang tidak ingin mati.

Maka banyaklah menangis maka tangisan berhak bagimu, maka mereka yang memikul Arasy Allah menangis.



Wahai hamba Allah bersungguh-sungguhlah dalam amalan maka sesungguhnya kubur berada di hadapan kamu. Maut menuntut kamu mencerai-beraikan apa yang kamu telah kumpulkan, meruntuhkan apa yang kamu bina. Dengan memutuskan nafas-nafas serta memindahkan kami kepada kesempitan lahad dan kubur.

Maka sesiapa yang membawa amal soleh ke kubur dia mendapatinya dari taman-taman syurga, dan sesiap yang tidak membawa amal soleh kepadanya dia mendapati lubang dari lubang-lubang neraka. Buatlah persiapan baginya wahai sahabat-sahabat dan sudara-saudara.

Diriwayatkan dari Muhamad bin As-Simak rahimahullah bahawa beliau berkata: aku melalui kubur-kubur lalu aku mendapati tertulis atas sebuah kubur:

Kaum kerabatku berlalu di tepi kuburku, seakan-akan kaum kerabatku tidak mengenali aku.

Dan ahli waris membahagi-bahagikan hartaku, dan mereka tidak lalai jika mereka mengingkari dewanku.

Dan mereka telah mengambil bahagiannya lalu pergi, maka demi Allah alangkah cepatnya mereka melupakan aku.

Wahai hamba Allah, sedarlah dari kemabukkan kamu dari negeri kepalsuan dan ketaatan kepada syaitan yang membinasakan, serta beramallah untuk kesempitan lahad dan kubur.

APAKAH KAMU KENAL KEDUANYA

APAKAH KAMU KENAL KEDUANYA : Dipetik Dari Kitab Bustan al-Wa'izinShare
Dari Ust Zahazan FB


Diriwayatkan bahawa Nabi s.a.w. berkata kepada Jibril a.s. pada malam Isra’: Cukuplah mati itu musibah” maka Jibril a.s. berkata: “Apakah yang ada setelah mati lebih besar daripadanya.” Kemudian Rasulullah s.a.w. bertanya: “Dan apa ia wahai Jibril?” Jawabnya: Dua malaikat berpakaian biru dan hitam, keduanya menggali kubur dengan taringnya.”

Setiap dari keduanya memegang pemukul yang sekiranya dipukulkan pada gunung ganang nescaya ia tercabut dari tempatnya. Matanya bagaikan kilat menyambar, suaranya bagaikan petir bergemuruh, keduanya menguji setiap mukmin dan kafir.

Lalu didatanginya pada kubur tersebut maka ditakutkannya, didudukkannya dan dipaparkan amalan kepadanya. . Juga diperlihatkan tempat duduknya dari syurga atas neraka. Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: “Adapun orang kafir maka keduanya menakutkan dan melakukan yang demikian dengannya, maka bagaimana orang mukmin?”

Jibril a.s. berkata: “Demikianlah yang diperintahkan Tuhan kamu wahaiMuhammad. Maka adapun orang kafir maka ia tidak mendapati kerehatan dari azb Allah ketika ia memasuki kuburnya. Adapun orang mukmin maka ketakutan itu menjadi kaffarah baginya dari dosa-dosa yang telah dilakukannya di dunia apabila keluar dari kuburnya. Maka ia telah di ampuni kemudian setelahnya ia tidak lagi melihat ketakutan selama-lamanya.