Tuesday, March 10, 2009

Ust Ridhuan Tee Abdullah - Muallaf

Ni masa aku kat JB tgk tv kat hotel. Rancangan apa aku tak ingat tapi mcm forum la kisah layanan kepada orang masuk Islam.

Yg aku ingat Ust Ridhuan kata pasal hukum feqah dlm Islam pasal pembahagian harta. Katanya memang ikut hukum tak wajib beri harta kepada org bkn Islam contoh, mak dan isteri yg kafir bila seorang lelaki dah masuk Islam. Memang betul kan?

Tapi katanya apalah salahnya kita menampakkan keindahan Islam itu yg membenarkan kita berlaku ihsan kpd mereka walaupun dah tak sama agama. Dlm Islam hibah dibenarkan. Kira sama mcm hibah harta kepada anak angkat kita lah. So berilah kepada isteri, anak2 dan ibubapa yg bukan Islam tu kan baik dan tak dilarang agama. Ni penting ada wasiat sbb katalah orang muallaf tu mati tanpa wasiat, kesian la anak bini dan mak bapak dia langsung tak dpt apa2. Aku ingat lagi kata ceramah pasal wasiat kata org yg takde wasiat tak patut tidur (pentingnya wasiat ni, sampai disuruh toksah tidur kalu takda wasiat).

Aku pun citer la kat laki aku (fuh..baik punya bini). Masa tu kami duk tgh diskas pasal program Musawah SIS yg nak samakan hak lelaki dan wanita. Aku tak buleh komen lebih2 tang kesamarataan coz ilmu aku pun kurang. Laki aku kata buleh ka bagi harta tak ikut faraidh?

Aku kata buleh sgt aih... AkKu pun baru ja tau pasai ni, dlm 2 tahun lepas. Aku kata la walopun aku dpt 1/8 ja dari harta laki aku tapi aku buleh claim harta sepencarian byk2 (hehehehe..lawak bodo la tu). Ok, bg contoh lain. Katalah aku ada 2 anak, sorang laki, sorang pompuan. Yg laki ni buat perangai menyakitkan hati je, yg pompuan layan baik2, caring etc, rasa mcm nak bagi lebih kat pompuan dak? Boleh tapi ada la kena ambik kira some kiraan2 dulu.

Faraidh ni kira mcm last resort la, bila kematian takdak wasiat. Kalu ada wasiat, ikut wasiat la.

Dah lari jauh dari tajuk kat atas tu. So berbalik kpd hal ehwal muallaf ni, ada kes muallaf kena caci sbb bertatu sedangkan tatu tu dibuat sblm dia msk Islam dan dia sampai cedera nak buang tatu sbb kena cerca. Ust kata tak patut orang Islam berkelakuan mcm tu. Dia dah berkorban masuk Islam, ada yg buang keluarga (bergaduh) dan kita pulak sedara seislam layan depa mcm tu. Tak patut.

No comments: