Friday, March 27, 2009

Interview Nik Nur Madiha - Pelajar Cemerlang SPM 08

Dlm Radio IKIM.

Madiha kata pendorong kejayaan adalah 1) agama (2) keluarga dan satu lagi tak ingat.

Dia kata dia rasa bertanggungjawab sbg anak sulung.
Lagi katanya org Islam kena jati diri kuat supaya tak mudah terpengaruh dgn media (hiburan) dan rakan2.

Dia quote hadis Nabi SAW lebih kurang bermaksud, kalau nak dunia, dgn ilmu, nak akhirat pun dgn ilmu dan nak kedua2nya pun dgn ilmu.

Nasihat dia antaranya banyak bertanya pada guru, berhubung dan berbual2 dgn guru2. Pendek kata dia menjaga hubungan dan adab dgn guru. Katanya kalau diletakkan segunung emas pun tak dapat membalas jasa guru2nya.

Salah satu pendorong untuk berjaya ialah penat lelah guru yg mengajar.

Ayah dia, seorang nelayan di Kelantan pun berkongsi - katanya jgn marah maki hamun anak2 dan jangan pukul anak2 sampai nak histeria. Kalau anak nakal pun kata "anak bertuah" in sya Allah anak tu jadi bertuah.

Atara mata pelajaran yg dia ambik di samping matapelajaran biasa adalah 3 yg sains tu, geografi, sastera, prinsip akaun, pendidikan Islam, syariah, english for science & tech.

Bila baca kisah hidup dia rasa mcm dia ala2 Nabi jugak, berpuasa kalau makanan takde.

No comments: