Tuesday, March 10, 2009

Dajjal - oleh Ust. Yusoh Nawawi

Tadi dgr kat Radio IKIM.

Tajuk ni adalah part of tanda2 besar kiamat antaranya turunnya NaAbi Isa, berlaku asap yg banyak, keluar api dari Yaman, keluar binatang dr bumi (Yakjuj & Makjuj) etc.
Ustaz ulas pasal tafsiran sorang yg bernama Thompson yg masuk Islam. Katanya Dajjal bentuk gergasi / giant belum keluar lagi tapi Dajjal bentuk kiasan dah banyak dah.

Dalm hadis Nabi dikatakan Dajjal antaranya ada satu mata, ada syurga dan neraka di kiri dan kanannya, semua orang dengar cakapnya, lautan bumi ada di kakinya dan ada perkataan kafir (kaf-fa-ra) di dahinya.

1) Ada satu mata maksudnya memandang dgn sebelah mata - tak adil, kira buat suka hati
2) Ada syurga dan neraka - tetapkan syurga (bagi kesenangan) bagi org yg ikut cakap dia dan neraka bg org yg taknak ikut cakap dia
3) Orang patuh cakap dia - influenced (mcm Amerika dgr ckp Israel)
4) lautan bumi ada di kakinya - keupayaan untuk mengawasi laut (dan bumi pun). Satelit???
5) Ustaz kata, jet2 Israel kalu ditengok dari bawah ada huruf KFR (mcm ka-fa-ra).
(bermakna yg tepat dgn Dajjal = Israel???)

Ustaz kata lagi, doa diakhir solat yg diajar nabi supapa dilindungi dari seksa kubur dan neraka, fitnah hidup dan mati dan fitnah Dajjal. Ustz kata, Dajjal dlm doa ni termasuk la Dajjal kecik iaitu sesiapa saja yg nak baut jahat kat kita.

Oh yer, maksud asal perkataan Dajjal ni dari word yg bermaksud menyembunyikan kebenaran. Aku rasa sesuai sgt la dgn Israel dan sekutu dia.

No comments: