Friday, February 6, 2009

Ingatan Malaikat Maut Ketika Usia Kita 40, 50 dan 60 Tahun

Hai tuan puan yang berusia 40 tahun, inilah waktunya untuk berbekal. Ingatanmu masih kuat, tenagamu masih sasa.

Wahai tuan puan yang berusia 50 tahun, sudah dekatnya masa untuk kamu mengutip hasil dan menuai.

Wahai tuan puan yang berusia 60 tahun, kamu lupa akan seksa dan lalai dengan soal Munkar Nakir, nanti tiada siapa yang dapat menolong kamu.

Malaikat maut berkata kepada orang yang telah sampai ajal "Demi Allah, Dia telah mengirim beberapa tanda seperti penyakit uban, kesusahan, mata semakin kelam, telinga semakin tuli. Orang yang tidak menyedari hal ini bererti tidak mahu bertaubat dan apabila aku mencabut nyawanya aku akan berkata kepadanya "Bukankah aku telah mengirimkan beberapa tanda kepadamu?"

Malaikat Maut berkata kepada orang yang lalai dengan kematian "Alangkah hairannya aku melihat orang ini. Aku diutus untuk mencabut nyawanya tetapi dia masih berseronok dan bergelak ketawa"

No comments: